Liora Stripe Blouse
Diperbuat daripada material cotton (95%) spandex (5%) yang lembut, selesa dan breathable untuk dipakai sepanjang hari. Dengan loose cut yang memberi keselesaan maksimum serta slit di bahagian tepi untuk pergerakan yang lebih mudah dan kemas. Sesuai digayakan untuk kerja, santai atau aktiviti harian.
Ciri-ciri Produk
- Blouse lengan panjang
- Potongan bahu jatuh (drop shoulder) dengan potongan standard
- Leher berkolar
- Belahan (slit) di kedua-dua sisi
- Bahagian belakang lebih panjang daripada bahagian hadapan
- Memerlukan gosokan yang minimum
- Sulaman logo Dreemika di bahagian dada sebelah kiri
- Didatangkan dalam 6 saiz: XS, S, M, L, XL & 2XL
Penjagaan & Cara Mencuci Untuk mengekalkan kualiti dan ketahanan fabrik:
Mencuci
Basuh menggunakan mesin dengan air sejuk pada mod cucian lembut (gentle cycle). Ini membantu mengekalkan bentuk dan warna fabrik.
Detergen
Gunakan detergen yang lembut. Elakkan penggunaan peluntur kerana boleh merosakkan serat fabrik.
Pengeringan
Sebaiknya keringkan secara semula jadi (air dry). Jika menggunakan mesin pengering, pilih tetapan suhu rendah untuk mengelakkan fabrik mengecut.
Menggosok
Jika perlu, gosok pada suhu rendah. Gunakan kain pelapik semasa menggosok untuk melindungi fabrik.
Penyimpanan
Gantung atau lipat dengan kemas.Elakkan menggantung terlalu lama bagi mengelakkan fabrik menjadi regang.
Elakkan Geseran
Berhati-hati dengan permukaan yang kasar bagi mengelakkan fabrik berbulu (pilling).
️
Nota: Warna produk mungkin sedikit berbeza daripada gambar disebabkan faktor pencahayaan semasa sesi fotografi dan tetapan skrin peranti.