Description
Melur Kebaya direka khas untuk wanita moden yang menggemari gaya tradisional dengan sentuhan praktikal dan elegan. Diperbuat daripada printed chiffon yang ringan dan flowy, kebaya ini tampil anggun serta selesa dipakai sepanjang hari.
Bahagian kain menggunakan half instant pario yang mudah disarung dan dilengkapi lining untuk keselesaan dan keyakinan maksimum. Untuk bahagian baju pula, baju lining disertakan secara berasingan, memberi kemasan lebih kemas dan tidak jarang.
Keistimewaan Melur Kebaya terletak pada sulaman (embroidery) eksklusif pada lengan dan baju, menambah elemen feminin dan mewah tanpa berlebihan. Sesuai dipakai untuk majlis, kenduri, raya atau acara istimewa.
Butiran Produk:
Half instant pario
Fabrik printed chiffon
Kain dengan lining
Baju lining disertakan (separate)
Embroidery pada baju & lengan
Saiz: XS – 2XL
4 warna pilihan